PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN
NEGERI PERAK
(Kemaskini 30/03/2016) KAMI AMAT MEMERLUKAN BANTUAN DANA BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI PUSAT JAGAAN, Untuk maklumat sila hubungi 0165460071
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
Pentadbir
PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN
Email : admin@nuruliman.org.my
Wakaf Di Rumah Nurul Iman

Wakaf di Rumah Nurul Iman atau kepada Rumah Nurul Iman adalah bermaksud sesuatu harta yang diwakafkan bagi
keguaan penhuni Rumah Nurul Iman dengan diurus tadbir oleh kakitangan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman
Negeri Perak atau Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman.


Status Pegangan Wakaf Rumah Nurul Iman

Status pengangan wakaf Rumah Nurul Iman adalah 100% dipegang dan dijaga oleh pemegang amanah yang dilantik
oleh Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak.


Jenis-Jenis Harta Yang Boleh Diwakafkan Di Rumah Nurul Iman

  1. Tanah lot kediaman bagi penempatan rumah anak yatim atau orang tua atau ibu tunggal yang miskin
  2. Tanah bagi tujuan pertanian atau perusahaan lain
  3. Kendaraan berbentuk van atau bas bagi kegunaan anak yatim atau sewaan kepada pihak ketiga
  4. Peralatan bilik tidur
  5. Peralatan dapur
  6. Baik pulih bangunan penempatan anak yatim nurul iman
  7. Barangan elektrik yang bersesuaian
  8. Al-Quran
  9. Sejadah
  10. Kitab-kitad agama berbahasa melayu


Cara Menyalurkan Atau Memberi Wakaf Kepada Rumah Nurul Iman

  1. Pemberian tunai secara "online" atau  hadir di mana-mana cawangan Rumah Nurul Iman ( pemberian tunai
    secara langsung diwajidkan menerima sijil yang dicetak secara "online" dengan bantuan kakitangan Rumah Nurul
    Iman.
  2. Menyerahkan harta yang dimiliki atau yang dibeli, penyerahan wajid dilakukan kepada Yang Di-Pertua atau
    Setiausah Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak.