PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN
NEGERI PERAK
(Kemaskini 30/03/2016) KAMI AMAT MEMERLUKAN BANTUAN DANA BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI PUSAT JAGAAN, Untuk maklumat sila hubungi 0165460071
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
Pentadbir
PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN
Email : admin@nuruliman.org.my
Sumbangan Wakaf Dan Perbelanjaan Wang Wakaf Yang Telah Diterima Oleh Rumah Nurul Iman.


Sumbangan wakaf yang telah diterima oleh Rumah Nurul Iman Disember sehingga 2011 adalah :

  • Wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Lapan Puluh Enam Ribu ( RM 86,000 ) yang diterima dari pelbagai pihak
    pada tahun 2009 hingga penghujung tahun 2010. Ketegori Wang Wakaf ini adalah terbahagi kepada dua iaitu :

  1. Wakaf Khas dengan jumlah RM 41 500 ( Bagi tujuan membiayai persediaan tapak serta pembinaan bangunan ).
  2. Wakaf Am dengan jumlah RM 44 500 ( Bagi tujuan pembiayaan pembelian kelengkapan serta baik pulih
    bangunan sedia ada).

  • Sebidang tanah yang diterima dari Yang Di-pertua pada tahun 2007 ( Bagi kegunaan pembinaan penempatan
    anak yatim.
  • Sebuah Kendaraan berbentuk Van yang diterima dari Etiqa Takaful Berhad pada tahun 2011.  


Perbelanjaan wang wakaf yang telah diterima sehingga Disember 2011 adalah :

  • Penambakan tanah dan pembinaan tembok keatas lot tanah milik Rumah Nurul Iman dengan kos RM 32 000.
    Bagaimanapun projek atas tapak berkenaan yang melibatkan perbelanjaan yang terlalu besar terpaksa
    ditangguhkan kerana ketiadaan dana.
  • Pengubah suaian bangunan kediaman ke asrama penempatan anak yatim dan pembinaan dewan makan serta
    kelengkapan cawangan Kamunting dengan kos RM 115 000 (  RM 54 000 adalah wang wakaf ).


Baki semasa wang wakaf adalah :

  • Baki semasa wang wakaf ( Pada 25/05/2014 ) adalah Ringgit Malaysia Kosong ( RM 0.00 ). Ini adalah kerana atas
    arahan Yang Di-Pertua Rumah Nurul Iman supaya semua kutipan wakaf dihentikan pada Disember 2011 atas
    sebab-sebab :

  1. Kutipan wakaf yang pelahan atau kurang untuk tempoh 2 tahun dan mungkin akan terlalu lama bagi
    mencukupkan jumlah yang diperluakan iaitu lebih Ringgit Malaysia Dua Juta akan memberi kesan penanguhan
    yang lama dan telah memberikan tanggapan negatif kepada pentadbiran Rumah Nurul Iman.
  2. Kos operasi yang meningkat menyebabkan tumpuan harus diberikan kepada kos operasi semasa.
  3. Cadangan Yang Di-Pertua untuk membina Penenpatan Anak Yatim dengan kemampuan sendiri ( Usaha ini masih
    gagal sehingga hari ini ).


Untuk kemaskini penyumbang dan bagi semasa wakaf sila klik butang dibawah :