PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN
NEGERI PERAK
(Kemaskini 30/03/2016) KAMI AMAT MEMERLUKAN BANTUAN DANA BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI PUSAT JAGAAN, Untuk maklumat sila hubungi 0165460071
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
Pentadbir
PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN
Email : admin@nuruliman.org.my
PENGERTIAN WAKAF

Wakaf berasal dari perkataan Arab :

waqafa yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan.



PENGERTIAN WAKAF (ISTILAH)

Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli,
pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk
mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T .



RUKUN-RUKUN WAKAF

1.    Pewakaf (Al-Wakif)

2.    Harta yang diwakafkan (Al-Mawquf)

3.    Penerima manfaat wakaf (Al-Mawquf’alaih)

4.    Lafaz Akad ( Al-Sighah)



SYARAT –SYARAT PADA RUKUN WAKAF :



1.    Pewakaf

Merdeka

Baligh

Berakal

Berkelayakan untuk berwakaf

Sukarela ( tidak dipaksa untuk berwakaf )



2.    Harta yang diwakafkan

Harta yang mempunyai nilai

Harta yang boleh dipindah milik

Harta yang boleh diambil manfaat berkekalan.

Harta adalah milik sempurna pewakaf



3.    Penerima manfaat wakaf

Penerima khusus samada seorang atau lebih

Penerima tidak khusus (tidak ditentukan penerima wakaf)